Tuesday, 11 October 2011

Layang-layang punya fasal

            Aku dan keluarga aku bersama tiga orang kawan aku pergi bercuti dekat pantai bulan lepas.Aktiviti pada hari tu adalah bermain layang-layang.Angin sangat kuat dekat pantai tu.Aku secara sukarela nak terbangkan layang-layang abang aku.Aku mula lari secara berundur,supaya layang-layang tadi dapat terbang tinggi.Masa bermain,rupa-rupanya dekat belakang aku ada lubang yang agak besar.Tiba-tiba kaki aku termasuk dalam lubang tadi dan aku akhirnya jatuh terlentang.Nasib baiklah kepala aku tak terhantuk dekat batu.Mama dan semua orang di pantai tu ketawakan aku semasa tengok aku jatuh terlentang.

Senyap?

         Kawan-kawan dalam kelas aku memang selalu buat bising.Satu hari,guru kelas aku marah dan suruh kita orang duduk dalam keadaan senyap.Guru kelas aku dah tak tahan dengan perangai kita orang yang selalu buat bising masa belajar.Masa kita orang sedang duduk dengan senyap,aku dengan tak sengaja terbersin dan terbatuk.Suasana yang senyap tiba-tiba,jadi bising.Bunyi bersin dan batuk aku macam gajah yang tengah marah.Kawan-kawan kelas yang lain cuba tahan ketawa.Aku betul-betul tak sengaja.Tapi cikgu pandang aku.Tak fasal-fasal satu kelas kena berdiri atas kerusi selama 15 minit.Aku terpaksa minta maaf dengan kawan-kawan dalam kelas.