Tuesday, 11 October 2011

Layang-layang punya fasal

            Aku dan keluarga aku bersama tiga orang kawan aku pergi bercuti dekat pantai bulan lepas.Aktiviti pada hari tu adalah bermain layang-layang.Angin sangat kuat dekat pantai tu.Aku secara sukarela nak terbangkan layang-layang abang aku.Aku mula lari secara berundur,supaya layang-layang tadi dapat terbang tinggi.Masa bermain,rupa-rupanya dekat belakang aku ada lubang yang agak besar.Tiba-tiba kaki aku termasuk dalam lubang tadi dan aku akhirnya jatuh terlentang.Nasib baiklah kepala aku tak terhantuk dekat batu.Mama dan semua orang di pantai tu ketawakan aku semasa tengok aku jatuh terlentang.

No comments:

Post a Comment